PUTRAJAYA 24 Mei – Mahkamah Rayuan sebentar tadi memerintahkan seorang nenek warganegara Australia menjalani hukuman mati kerana mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 1,142.8 gram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), empat tahun lalu. Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohtarudin Baki yang bersidang bersama Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan Datuk Rhodzariah Bujang memutuskan demikian terhadap Maria Elvira Pinto Exposto, 55, selepas membenarkan rayuan pendakwa raya. Kuorum berkenaan mengetepikan…










