MANCHESTER – Manchester City dijangka akan melengkapkan perpindahan Riyad Mahrez dalam tempoh terdekat selepas pengurusnya, Pep Guardiola menghidupkan kembali minatnya terhadap pemain sayap Leicester City itu. MAHREZ kembali menjadi buruan Guardiola selepas Hazard dilaporkan hanya berminat untuk menyertai Real. Januari lalu, bintang Algeria tersebut hampir menyertai City apabila Mahrez menyerahkan surat perpindahan sebagai usaha untuk memaksa Leicester bersetuju membenarkannya berhijrah ke Etihad. Bagaimanapun, hajat Mahrez tidak kesampaian apabila The Foxes…