BEIJING 17 Mei – China melancarkan roket pertama yang dibangunkan oleh syarikat swasta hari ini, kata media negeri, yang merupakan pencapaian terbaharu dalam program penerokaan angkasa negara itu. Menurut agensi berita Xinhua, pelancaran roket ‘Chongqing Liangjiang Star’ yang dibangunkan oleh OneSpace Technology, sebuah firma swasta berpengkalan di Beijing itu, menandakan roket bukan kerajaan China yang pertama berjaya memasuki orbit. Roket tersebut dikuasakan oleh enjin bahan api pepejal yang dibangunkan oleh…










