IPOH – Calon PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manik pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu, Mohamad Maharani Md. Tasi membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang didakwa melakukan salah laku dan penyelewengan wang Felcra Berhad (Felcra).
IPOH – Calon PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN)Sungai Manik pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu, Mohamad Maharani Md. Tasi membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang didakwa melakukan salah laku dan penyelewengan wang Felcra Berhad (Felcra).
Laporan tersebut dibuat Mohamad Mohamad Maharani pada di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini pada pukul 11.10 pagi tadi.
Menurut Mohamad Maharani, bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu didakwa telah melakukan salah laku dan penyelewengan ketika menjadi Pengerusi Felcra pada tahun 2008 hingga 2014.
Selain itu, Mohamad Maharani turut mendakwa Tajuddin telah membelanjakan wang Felcra semasa PRU-13.
“Bil-bil keraian juga dituntut dengan menggunakan dana Felcra Changkat Lada sehingga menyebabkan pihak Felcra gagal meningkatkan pembayaran dividen kepada peserta,” katanya. – K! ONLINE











