MELAKA 25 Mei – Taman Rama-Rama dan Reptilia menganjurkan Bufet Ramadan dari 19 Mei hingga 10 Jun ini bermula pukul 6 petang hingga pukul 10 malam di Ayer Keroh di sini. Eksekutif Pegawai Perhubungan Awam Taman Rama-Rama dan Reptilia, Shaziella Mohd. Salleh berkata, pihaknya telah bekerjasama dengan ISDA Catering bagi penganjuran bufet Ramadan itu yang pertama kali diadakan dengan tema Sajian Warisan. “Setiap pelanggan yang membeli tiket bufet (kanak-kanak) layak…