BN Terengganu akan bantu kelancaran peralihan kuasa - Utusan Malaysia

BN Terengganu akan bantu kelancaran peralihan kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 10 Mei – Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman mengucapkan tahniah kepada Pas yang memperoleh kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ahmad Razif Abdul Rahman
Ahmad Razif Abdul Rahman

Beliau yang menghormati keputusan pilihan oleh rakyat itu menegaskan BN akan memberikan kerjasama bagi memastikan peralihan kuasa di negeri ini berjalan dengan lancar.

“Kepada mereka yang menang, ingatlah bahawasanya anda tidak menang semua. Dan begitu juga kepada mereka yang kalah, anda tidak kalah semua.

“Saya juga mohon diberikan sedikit masa untuk tempoh bertenang dan membuat perancangan yang seterusnya,” katanya dalam kenyataan ringkas di sini hari ini.

Ahmad Razif yang memenangi kerusi Seberang Takir merupakan antara 10 calon BN yang mampu bertahan daripada gelombang hijau di negeri ini yang melanda secara mengejut.

Rakyat yang memperlihatkan keinginan untuk sekali lagi melakukan perubahan, memberi peluang kepada Pas sebagaimana Pilihan Raya Umum 1999, dengan menguasai 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 14 dalam PRU-13.

Namun dalam gelombang di peringkat nasional dengan kebangkitan gabungan pembangkang PKR yang melanda seluruh negara tidak begitu terkesan di negeri ini apabila PKR yang turut bertanding di semua 32 kerusi tidak mencapai sebarang kemenangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×