JOHOR BAHRU 25 Mei – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed menasihatkan jentera di parlimen itu untuk belajar menjadi pembangkang yang efektif bagi membolehkan parti bangkit pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata, rakyat akan beralih kepada BN sekiranya Pakatan Harapan tidak melaksanakan tugas dengan baik memandangkan landskap politik di negara ini berubah menjadi sistem dua parti. “Kita kena…