AWANG bersyukur proses mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ketujuh berjalan dengan lancar. Tahniah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dilantik sekali lagi untuk jawatan itu bagi mewakili Pakatan Harapan. Diharapkan juga proses pembentukan semua kerajaan negeri dapat diselesaikan dengan baik. Semua pihak diharap dapat menghormati suara rakyat yang telah diterjemahkan melalui proses pengundian. Terimalah keputusan dengan hati terbuka. Ketika para pemimpin politik yang menang melakukan peralihan bagi membentuk Kerajaan Pusat…










