KEGAGALAN mendapatkan butiran serta maklumat berkaitan harta pusaka menjadi punca ramai yang tidak mengambil berat tanah-tanah diwariskan sehinggakan tidak menyedari tanah mereka sudah ditukar hak milik. Sikap itu yang membuatkan banyak tanah milik individu ‘lesap’ yang akhirnya membuatkan pemilik asalnya hanya sekadar `berputih mata’. Menurut seorang mangsa, Talib Ahmad, 44, tanah pusaka milik arwah datuknya tidak sempat ditukar nama kepada bapa dan adik beradik bapanya yang lain sebelum meninggal dunia.…










