LELAKI bertubuh sasa, dan tegap yang telah ditelan usia itu melangkah tenang menuju ke tiang gantung. Kedua-dua tangannya diikat di belakang. Namun matanya masih tetap bersinar, menaruh keyakinan terhadap masa depan negara dan rakyat. Raut mukanya tidak menampakkan rasa gentar atau takut menghadapi kematian. Dia begitu gagah walaupun maut sedang menantinya beberapa saat lagi. Dia tersenyum mengimbau kembali peristiwa-peristiwa yang dilalui sehingga ditangkap dan dihukum gantung. Dia berpuas hati dengan apa yang dilakukannya selama ini. Ketika dibenarkan bersolat subuh, dia sujud begitu lama mengadu dan berdoa kepada Allah SWT agar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya