UMNO yang menerajui Barisan Nasional (BN) banyak jasanya dalam membangunkan negara ini. Katakanlah apa yang UMNO tidak buat? Lihatlah lebuh raya dan pertumbuhan bandar baharu. Manfaat kestabilan politik dan kesejahteraan negara membolehkan semua kaum menikmati pembangunan yang dijayakannya. Namun kini setelah memerintah negara sejak 60 tahun lalu, rakyat mengubah tampuk pemerintahan kepada Pakatan Harapan. Segala kepercayaan majoriti rakyat yang memilih kerajaan baharu tidak boleh lagi terlampau mengharapkan kepada wakil rakyat…










