KUALA LUMPUR – Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhamad Nazmi Faiz Mansor tidak menganggap sesi latihan pada sebelah malam sepanjang bulan Ramadan ini sebagai perkara yang membebankan. Sebaliknya, pemain berusia 23 tahun itu berkata latihan yang akan dijalankan selepas waktu berbuka puasa adalah amat penting dan dilihat sebagai kunci utama dalam mengekalkan rentak cemerlang pasukan dalam saingan Liga Super 2018. “Persefahaman antara pemain amat dititikberatkan dalam pasukan. Justeru itu, latihan…










