DHAKA 16 Mei – Mahkamah Agung Bangladesh hari ini membenarkan bekas Perdana Menteri negara itu selain pemimpin parti pembangkang utama, Khaleda Zia, diikat jamin, tiga bulan selepas beliau dipenjarakan atas tuduhan rasuah. Al-Jazeera melaporkan, mahkamah berkenaan mengekalkan keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi sebelum ini, membenarkan beliau yang dikenakan hukuman penjara lima tahun kerana menipu, diikat jamin. Bagaimanapun, peguam daripada kedua-dua pihak berkata, tidak semestinya Zia yang merupakan Pengerusi Parti Kebangsaan…










