Bekas guru mati dalam bilik air - Utusan Malaysia

Bekas guru mati dalam bilik air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 19 Mei – Seorang bekas guru ditemukan mati di dalam bilik air rumahnya di Taman Permai 1 di sini tengah hari ini.

Mangsa, S.Selva Ganapathi, 50, dipercayai maut selepas terjatuh akibat diserang angin ahmar.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Mohd. Syazwan Saidy berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.58 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami mengambil masa selama lima minit untuk memecahkan pintu rumah itu sejurus tiba di lokasi kejadian dan menemukan lelaki itu tertiarap dalam bilik air. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ),” katanya di sini hari ini.

Mohd. Syazwan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang rakan mangsa yang datang ke rumah berkenaan untuk membaiki lampu.

Menurut beliau, rakan mangsa mendakwa dia terlihat kaki mangsa dari tingkap selepas panggilannya tidak dijawab oleh mangsa yang tinggal seorang diri kerana bapanya menjalani rawatan di HTJ.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN