KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) iflix, Azran Osman Rani mengalami kecederaan pada anggota badan dan kepala selepas basikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah kereta dalam satu kejadian di Jalan Duta menghala Jalan Kuching pagi tadi. Dalam kejadian pukul 8.45 pagi itu, mangsa yang juga merupakan bekas CEO Air Asia-X itu dikatakan sedang mengayuh basikal di kawasan berkenaan sebelum tiba-tiba dilanggar dari arah belakang. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, hasil siasatan mendapati kereta Proton Wira yang dipandu seorang lelaki berada di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya