Beg Versace, Chanel, Prada antara dirampas di kediaman Najib - Utusan Malaysia

Beg Versace, Chanel, Prada antara dirampas di kediaman Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kira-kira 51 beg tangan pelbagai jenama dirampas pihak polis selepas membuat pemeriksaan selama 18 jam di kediaman peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta di sini semalam.

Dalam pemeriksaan berkenaan, polis turut menyita 10 jam tangan yang dianggarkan bernilai ratusan ribu di bilik tidur salah seorang anak lelaki Ahli Parlimen Pekan, Pahang itu.

Antara jenama jam yang dirampas terdiri daripada Rolex, Philippe Patek Geneve serta Hublot.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jenama beg tangan yang dirampas pula termasuklah Chanel, Versace, Gucci, Oscar De La Renta, Prada, Loewe, Dolce Gabbana serta pelbagai jenama lagi.

Turut ditemui dalam kediaman tersebut wang tunai RM537,000 dan sejumlah mata wang asing Sri Lanka serta pound sterling.

Kosmo! difahamkan kesemua barangan berharga itu dirampas selepas pihak polis mengesyaki bahawa kesemua item membabitkan penyiasatan kes 1MDB.

Kesemua rampasan itu dibawa ke Pejabat Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, Urus Setia Ketua Polis Negara, Bukit Aman di Menara 233 Jalan Tun Razak untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini