Beberapa barangan mula diambil polis - Utusan Malaysia

Beberapa barangan mula diambil polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Mei – Polis mula membawa keluar beberapa barangan dari kondominium mewah milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pavilion Residence, di sini malam ini.


Video oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI

Barangan termasuk bagasi itu mula dibawa keluar kira-kira pukul 12.13 tengah malam, dipercayai bagi tujuan siasatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pergerakan keluar polis dikesan sekitar pukul 10.45 malam dengan beberapa anggota yang dilihat memakai baju tertera perkataan Akta Pencegahan Pe­ngubahan Wang Haram dan Pen­cegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA).

Selain itu, turut dibawa polis keluar dari kondominium mewah itu ialah peralatan siasatan dipercayai mesin untuk mengira wang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN