Beban cukai ditanggung doktor pakar perlu dikaji - Utusan Malaysia

Beban cukai ditanggung doktor pakar perlu dikaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, PERTAMA, saya ingin mengucap tahniah kepada Tun Dr. Mahathir Mohammad atas kejayaan bersejarah dalam pilihan raya baru-baru ini serta pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh.

Saya berdoa Tun M dikurniakan kesihatan untuk terus berjuang ke arah negara Malaysia yang lebih cemerlang.

Saya mengikuti perkembangan perancangan awal kerajaan pimpinan Pakatan Harapan dan ingin mengutarakan satu isu yang telah diketengahkan oleh Perdana Menteri iaitu cukai yang tidak sah dikenakan kepada golongan tertentu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kami doktor-doktor pakar di hospital swasta telah ditekan dengan beban cukai yang berat pada 2015 – 2016.

Praktis kami yang menggunakan syarikat sdn. bhd. (sendirian berhad) telah dianggap sebagai tax evasion oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kami dikehendaki membayar cukai backdated dari 2013 – 2015 dan dikenakan penalti atas lebihan cukai dikenakan.

Bagi kami, perkara ini adalah tidak adil dan tidak berperikemanusian kerana kami adalah golongan professional yang amat patuh pada bayaran cukai selama ini.

Penggunaan syarikat sdn. bhd. selama bertahun-tahun telah tidak diiktiraf dengan sekelip mata dan kami dihukum dengan bayaran kebelakang (backdated) sehingga tiga tahun dengan ditambah penalti.

Bagi saya, adalah menjadi hak LHDN untuk tidak mengiktiraf penggunaan sdn. bhd. untuk percukaian tetapi tidaklah wajar menghukum kami dengan bayaran kebelakang cukai tiga tahun berserta penalti secara lump sum dalam tempoh yang singkat.

Ia merupakan satu peraturan baharu dan tidak wajar dibawa dan dikenakan penalti kebelakang.

Jumlah yang besar menyebabkan ada antara kami terpaksa membuat pinjaman dan ada juga terpaksa mengubah perancangan pendidikan anak-anak untuk membayar cukai ini.

DOKTOR PAKAR

Hospital Swasta

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN