KOTA BHARU 18 Mei – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) negeri dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mewujudkan Bazar Colek Ramadan sepanjang bulan puasa ini. Bazar yang menampilkan 20 gerai menjual pelbagai jenis ‘colek’ tersebut dibuka di Dataran Bandar Raya di sini, bermula pukul 6 petang hingga 12 tengah malam, setiap hari. Pengarah Fama Kelantan, Mohd. Ariffin Awang berkata bazar itu turut memberi peluang kepada golongan…










