KLANG – Seorang bayi lelaki masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan ditemui ditinggalkan di padang permainan berdekatan Dewan Komuniti Andalas, Taman Sri Andalas di sini tengah hari tadi. Bayi itu ditemui pukul 12.38 tengah hari oleh seorang penduduk di kawasan berkenaan. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, sepasukan polis yang tiba di lokasi kejadian sebaik menerima maklumat mendapati bayi tersebut ditinggalkan dalam balutan kain pelikat.…










