Barisan Kabinet baharu belum diputuskan - Utusan Malaysia

Barisan Kabinet baharu belum diputuskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Mei – Gabungan pembangkang PKR masih belum membuat sebarang keputusan tentang barisan Kabinet baharu kerana perkara itu memerlukan persetujuan daripada empat presiden parti-parti komponennya.

Menurut Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad, sehingga kini hanya pengisian jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang telah ditetapkan.

Kata beliau, Istana Negara juga telah mengarahkan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

“Saya berharap angkat sumpah akan dijalankan hari ini.

“Kita juga akan berusaha berkaitan isu pengampunan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beliau dibebaskan pada 8 Jun ini,” katanya dalam sidang akhbar di Petaling Jaya, dekat sini awal pagi ini.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir turut mengumumkan bahawa cuti umum pada hari ini dan esok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×