Barisan Exco Kerajaan Pakatan Harapan P. Pinang kekal, tukar jika ada keperluan - Utusan Malaysia

Barisan Exco Kerajaan Pakatan Harapan P. Pinang kekal, tukar jika ada keperluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 19 Mei – Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang akan mengekalkan barisan Exco negeri seperti diumumkan minggu lalu namun bersedia menukarnya pada masa depan sekiranya terdapat keperluan.

“Saya mengambil maklum pandangan dua parti komponen Pakatan Harapan (PPBM dan PAN) berikutan ketiadaan wakil mereka dalam barisan Exco kerajaan negeri.

“Bagaimanapun, saya berpegang kepada status quo daripada dua kerajaan negeri terdahulu dan beri mereka (Exco) peluang untuk membuktikan keyakinan saya yang mana mereka boleh berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika mengadakan lawatan di Pasar Lebuh Campbell, di sini pagi ini.

Sebelum ini, PPBM dan PAN negeri melahirkan rasa tidak puas hati dengan barisan Exco kerajaan negeri baharu itu berikutan ketiadaan wakil mereka meskipun parti berkenaan turut menyumbang masing-masing dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Dalam lantikan terbaharu itu, seramai lapan wakil Exco termasuk Ketua Menteri dilantik daripada wakil rakyat DAP manakala bakinya iaitu tiga lagi daripada PKR. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×