Bangkit dengan semangat baharu - Mas Ermieyati - Utusan Malaysia

Bangkit dengan semangat baharu – Mas Ermieyati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mei – Semua ahli dan penyokong UMNO diminta supaya bangkit dan bersedia untuk melakukan perubahan dengan semangat yang baharu demi kelangsungan parti.

Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin berkata demikian kerana beliau tidak mahu penyokong-penyokong UMNO terus bersedih dengan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sebaliknya, mereka perlu memandang ke hadapan dan memainkan peranan untuk membentuk masa depan UMNO yang baharu.

“Hari ini 11 Mei 2018, merupakan hari ulangtahun UMNO. Sedih bila mana kita menyambutnya dengan realiti bahawa kerajaan Pusat bukan lagi milik UMNO dan BN tetapi sampai bila kita harus bersedih? Sampai bila kita harus berduka dan menyendiri? Kelmarin dan semalam, kita berduka tetapi tidak boleh selamanya kita berduka.

“Buat Sahabat Puteri UMNO dan juga ahli UMNO yang lain, kita mesti melihat ke hadapan, kena bangkit dan lakukan perubahan dan kita orang UMNO perlu mengubahnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×