KOTA KINABALU – Jabatan Hidupan Liar Sabah mengesahkan mengenai penemuan bangkai anak gajah di Sungai Kinabatangan di daerah Kinabatangan hari ini. Pengarahnya Augustine Tuuga berkata, pihaknya menerima laporan tentang penemuan bangkai haiwan berkenaan namun, setakat ini belum ada maklumat lanjut daripada pasukan Jabatan Hidupan Liar Sabah yang kini berada di sungai terbabit. “Punca kematian anak gajah belum dapat dikenalpasti memandangkan pemeriksaan dan penyiasatan sedang dijalankan di lapangan (lokasi). “Berdasarkan gambar…










