Banduan tidak bersalah bebas selepas dipenjara 17 tahun - Utusan Malaysia

Banduan tidak bersalah bebas selepas dipenjara 17 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BROOKLYN, Amerika Syarikat – Hakim membebaskan seorang lelaki yang telah menjalani hukuman penjara selama 17 tahun selepas dia didapati tidak bersalah baru-baru ini.

John Bunn berusia 14 tahun ketika dia didapati bersalah membunuh seorang pengawal penjara, Rolando Neischer di Crown Heights dekat sini pada tahun 1991.

Bunn dan seorang remaja bernama Rosean Hargrave dituduh memaksa Neischer dan rakannya, Robert Crosson keluar dari kereta, menembak mereka dan kemudian mencuri kenderaan tersebut. Insiden itu menyebabkan Neischer terbunuh, manakala Crosson terselamat dan menjadi saksi tunggal dalam kes berkenaan.

Bunn yang kini berusia 41 tahun dibebaskan dengan parol pada 2009, namun pertuduhannya diubah. Pada 2016, tuduhan terhadap Bunn digugurkan selepas detektif utama dalam kes itu, Louis Scarcella mendedahkan dia menggunakan ‘amalan palsu dan mengelirukan’ ketika bersama Jabatan Polis New York.

“Saya mahu anda semua tahu bahawa kamu telah menuduh dan memenjarakan lelaki yang tidak bersalah,” kata Bunn dalam tangisan.

Selepas Hakim Mahkamah Agung Brooklyn, ShawnDya Simpson mengumumkan Bunn telah dilepaskan, lelaki itu menghampiri wanita berkenaan dan menggenggam tangannya menyebabkan orang ramai di bilik perbicaraan bertepuk tangan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×