BACHOK 15 Mei – Jabatan Pengairan dan Saliran negeri hari ini meluahkan kekecewaan terhadap Kerajaan Pas Kelantan kerana tidak menyalurkan bajet penyelenggaraan pantai terhadap jabatan itu. Pengarahnya, Kamal Mustapha berkata, sebaliknya peruntukan itu hanya diberi kepada setiap Majlis Daerah sahaja. “Kita langsung tidak mendapat bajet khusus bagi menyelenggarakan keindahan pantai di negeri ini. Jadi, kita terpaksa bermodalkan kelengkapan sedia ada seperti penyapu, pemotong rumput dan peralatan lain. “Kita akui…










