Azmin umum portfolio 10 Exco Negeri Selangor - Utusan Malaysia

Azmin umum portfolio 10 Exco Negeri Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan senarai portfolio 10 Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) di sini sebentar tadi.

Beliau akan memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kewangan, Pembangunan Tanah dan Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor dan Komunikasi Strategik.

Mohamed Azmin berkata, beliau yakin dengan barisan Exco baharu yang dibarisi 70 peratus muka baharu dalam mengalas tanggungjawab memajukan pembangunan dan kesejahteraan negeri Selangor.

“Saya yakin dengan kewibawaan dan ketokohan barisan Exco yang baharu dilantik. 

“Kami akan galas amanah ini dengan baik dan terus bekerja memastikan pembangunan negeri Selangor dapat dijayakan sepenuhnya,”katanya dalam sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Terdahulu, kesemua barisan Exco telah mengangkat sumpah dan ikrar taat setia menyimpan rahsia rasmi. – K! ONLINE

Senarai Exco dan portfolio:

1. Datuk Teng Chang Khim
ADUN Bandar Baru Klang (DAP)
– Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

2. Amirudin Shari
ADUN Sungai Tua (PKR)
– Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Generasi Muda dan Sukan, Pembangunan Usahawan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi.

3.V Ganabatirau
ADUN Kota Kemuning (DAP)
– Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin.

4. Haniza Mohamed Talha
ADUN Lembah Jaya (PKR)
– Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Perumahan dan Kehidupan Bandar

5. Ng Sze Han
ADUN Kinrara (DAP)
– Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru

6. Dr Shaharuddin Badaruddin
ADUN Seri Setia(PKR)
– Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi.

7. Hee Loy Sian
ADUN Kajang (DAP)
– Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Bukan Islam.

8. Dr. Siti Mariah Mahmud
ADUN Seri Serdang (PAN)
– Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga

9. Ir. Izham Hashim
ADUN Pandan Indah (PAN)
– Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani.

10.Datuk Abdul Rashid Asari
ADUN Selat Kelang (PPBM)
– Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Kebudayaan ,Peradaban Melayu dan Warisan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×