Azmin Ali kini menteri kanan - Utusan Malaysia

Azmin Ali kini menteri kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Sultan Se­langor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan bagi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Setiausaha Sulit Sultan Se­langor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, baginda memberi perkenan itu selepas disembah maklum oleh Mohamed Azmin bahawa beliau bersetuju untuk menerima jawatan menteri di peringkat Kerajaan Persekutuan menerusi portfolio berkenaan.

Beliau berkata, menteri besar membuat keputusan itu setelah mendapat penjelasan dan pengesahan daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai skop kerja dan bidang kuasa kementerian baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mohamed Azmin, bagaimanapun akan kekal memegang jawatan sebagai Menteri Besar Se­langor buat sementara waktu hingga tempoh peralihan kuasa kepada menteri besar yang baharu dapat dijalankan dengan lancar dan teratur.

“Pada masa sama, Mohamed Azmin perlu mengemukakan senarai calon-calon Menteri Besar Selangor baharu untuk penelitian dan perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sebelum lantikan menteri besar tersebut dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN