SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad secepat mungkin bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung pelantikan beliau sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Mohamed Azmin berkata, beliau hanya mengetahui mengenai lantikan itu selepas dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya hari ini. “Saya ucap terima kasih kepada Tun Dr. Mahathir yang telah beri kepercayaan…










