BARANGKALI ramai yang tidak mengetahui bahawa anggota kumpulan DeFam, Azira Shafinaz kini sedang menjalin hubungan istimewa dengan seorang lelaki berketurunan Afganistan bernama Yasser Khan. Menurut Azira, hubungan mereka sudah berlarutan sejak enam tahun lalu. Bukan sengaja ingin merahsiakan percintaan dengan lelaki berusia 31 tahun itu, namun bagi Azira, selagi belum ada perancangan rasmi dan tersusun untuk melangkah ke gerbang yang sah, tidak elok untuknya menghebohkan kisah percintaan mereka. Ditemui Kosmo!…











