APMM tumpaskan cubaan seludup syabu bernilai RM29 juta di Perlis - Utusan Malaysia

APMM tumpaskan cubaan seludup syabu bernilai RM29 juta di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Maritim Malaysia (APMM) Kedah dan Perlis berjaya menumpaskan cubaan sekumpulan lelaki untuk menyeludup masuk sebanyak 401 kilogram syabu bernilai RM29 juta melalui jalan laut di Kuala Perlis di sini kira-kira pukul 2.59 pagi hari ini.

Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar berkata, sebanyak 378 bungkus plastik tertera tulisan serbuk teh dalam bahasa Cina yang disumbatkan di dalam lapan buah beg berwarna hitam yang mengandungi dadah syabu itu telah dirampas.

“Kejayaan itu hasil pengesanan satu objek mencurigakan melalui radar sebuah bot APMM yang sedang menjalankan Op Pagar Laut pada pukul 2.25 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bot APMM bergegas ke lokasi itu dan menemui sebuah bot pancung yang dinaiki tiga lelaki.

“Bot kita telah mengejar bot tersebut tetapi tiga suspek itu bertindak melarikan diri dan mencampakkan lapan buah beg ke dalam laut sebelum sempat menghilangkan diri ke perairan negara jiran (Thailand),” katanya di Pejabat Zon Maritim Kuala Perlis di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Maritim Malaysia Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Rozali Mohd. Said.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, pihaknya percaya terdapat pihak ketiga yang menunggu kemasukan kesemua dadah itu daripada negara jiran dipercayai untuk pasaran tempatan.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini