KUCHING – Maritim Malaysia (APMM) Sarawak berjaya menangkap 47 nelayan warga Vietnam selepas dipercayai menangkap ikan secara haram di perairan negeri di kedudukan 170 batu nautika dari Tanjung Po, di sini kelmarin. Timbalan Pengarah Operasi APMM Sarawak, Kepten Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah berkata, kesemua suspek berusia 23 hingga 59 tahun itu ditangkap pada pukul 6 petang ketika sedang memunggah ikan ke dalam dua buah kapal. “Sebelum itu, anggota APMM yang melakukan operasi rutin berjaya mengesan dua kapal kargo Vietnam yang berada dalam keadaan mencurigakan sebelum menahan kapal berkenaan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya