Anwar jadi Ahli Majlis Presiden - Utusan Malaysia

Anwar jadi Ahli Majlis Presiden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan sebuah badan kecil terdiri daripada enam pemimpin tertinggi de­ngan menerima kemasukan Ke­tua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai salah seorang ahlinya.

Pengerusi Pakatan Harapan berkata, sebelum ini badan ber­kenaan dianggotai ketua keempat-empat parti dalam PH iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) selain beliau sebagai pengerusi.

Top six (enam tertinggi) ini akan berjumpa lebih kerap dan apabila ada masalah, mereka akan bersidang untuk memutuskan perkara-perkara penting dengan segera.

“Jika tidak, perkara dasar dan sebagainya akan dibawa ke mesyua­rat Majlis Presiden yang akan bersidang setiap bulan melainkan ada keperluan bersidang lebih awal,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyua­rat Majlis Presiden PH di Menara Yayasan Selangor di sini semalam.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN