KUALA LUMPUR – Proses pembebasan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilakukan di Hospital Rehabilitasi Cheras di sini tanpa perlu dibawa ke Penjara Sungai Buloh. Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata, Anwar dijangka dibebaskan selepas syor pembebasan dan pengampunan penuh oleh mesyuarat Lembaga Pengampunan Diraja yang bersidang 11 pagi esok. “Jadi, jangkaan kita (pembebasan) sekitar tengah hari esok sebelum perhimpunan pada sebelah petang di Petaling Jaya,” katanya…










