JAKARTA – Sebelas penumpang pesawat Lion Air cedera akibat ‘gurauan bom’ daripada seorang penumpang ketika mereka memasuki pesawat itu yang dijadual berlepas dari Pontianak, Kalimatan ke Cengkareng, Jakarta. Sebuah video yang tular di media sosial di Indonesia menunjukkan para penumpang panik dan bertindak keluar menerusi pintu kecemasan, malah ada yang bertindak terjun dari sayap pesawat Boeing 737 itu. Penerbangan JT687 yang dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Bandar Udara International Supadio pada pukul 6.50…










