KOTA KINABALU 19 Mei – Seekor anak gajah ditemukan mati di Sungai Kinabatangan di daerah Kinabatangan dekat sini, hari ini. Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut. Menurutnya, bagaimanapun setakat ini pihaknya belum mempunyai maklumat lanjut mengenai perkara tersebut dan masih menunggu hasil siasatan daripada pasukan Jabatan Hidupan Liar Sabah yang kini berada di sungai terbabit. “Kami menerima laporan mengenai penemuan bangkai haiwan berkenaan namun,…










