KUALA TERENGGANU – Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, 48, dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu ke-15 selepas mengangkat sumpah di Istana Syarqiyyah, Chendering di sini sebentar tadi. Majlis angkat sumpah berkenaan dilakukan di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Istiadat mengangkat sumpah dan menerima watikah perlantikan bermula pada pukul 9 malam. Majlis itu turut disaksikan Mufti Terengganu, Datuk Zulkifli Muda dan bekas Menteri Besar ke-14, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman.…










