PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) mengesahkan menerima surat peletakan jawatan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah (gambar) sebagai Presiden KFA berkuat kuasa kelmarin.
Menurutnya, surat peletakan jawatan Aminuddin yang merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, Pembangunan Insan negeri dan Yusof yang memegang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar pula berkuat kuasa semalam.
“Kami mengucapkan terima kasih atas khidmat bakti mereka selama ini,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Ahli Majlis Eksekutif KFA di Alor Setar semalam.
Syed Unan Mashri memberitahu, Penolong Setiausaha Kehormat, Syed Khairol Anuar Syed Abidin akan memangku tugas sebagai Setiausaha Kehormat KFA, manakala Penolong Bendahari, Syed Yusof Syed Othman pula memangku tugas Bendahari KFA.
“Pada masa ini, saya akan memangku tugas Presiden KFA,” katanya.
Selain itu, beliau berkata, peletakan jawatan tiga pemimpin KFA itu telah dimaklumkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Tambahnya, Mukhriz didapati berminat untuk mengambil alih jawatan Presiden KFA tetapi masih belum ada kata putus daripadanya.










