Aguero yakin mampu tarik minat Sampaoli - Utusan Malaysia

Aguero yakin mampu tarik minat Sampaoli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES 18 Mei- Sergio Aguero tekad mempamerkan aksi terbaik bersama Argentina di Piala Dunia Rusia, bulan depan meskipun bergelut mencapai prestasi sebenar sejak kebelakangan ini akibat kecederaan lutut.

Penyerang Argentina itu, tidak bermain bersama Manchester City sejak kekalahan suku akhir Liga Juara-Juara kepada Liverpool pada 10 April dan jurulatih Argentina, Jorge Sampaoli memiliki banyak pilihan di bahagian serangan yang boleh dipilih sebelum menamakan skuad Piala Dunia.

“Lutut saya seperti baharu, saya sentiasa ada masalah tetapi sekarang saya rasa berbeza, saya boleh bengkokkannya dan ia satu kelegaan,” katanya kepada saluran TV Argentina, TyC.

Aguero sudah memiliki 84 cap antarabangsa bersama Argentina sejak penampilan pertamanya pada 2006 dengan merekodkan 36 gol.

Namun dia bakal berdepan laluan sukar untuk merebutkan tempat dalam kesebelasan utama skuad bimbingan Sampaoli.

Tempat Lionel Messi sudah disahkan, ini menyaksikan Aguero perlu berdepan cabaran daripada pemyerang Juventus, iaitu Gonzalo Higuain dan Paulo Dybala.

Dia turut perlu bersaingan dengan penyerang Roma, Diego Perotti serta pemain Inter Milan, Mauro Icardi.

Juara dua kali itu berdepan cabaran sukar dalam kumpulan D bersama Croatia, Nigeria dan Iceland, dengan perlawanan pembukaan berdepan negara Scandinavia itu di Moscow pada 16 Jun. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×