ADUN Sugut keluar UMNO, sertai UPKO - Utusan Malaysia

ADUN Sugut keluar UMNO, sertai UPKO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut, Datuk James Ratib melepaskan jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Beluran untuk menyertai parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut (UPKO).

Parti UPKO sebelum ini mengumumkan keluar daripada komponen Barisan Nasional (BN) Sabah bagi membentuk kerajaan campuran dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) yang dipimpin di bawah Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Perkara tersebut disahkan oleh Pemangku Presiden UPKO, Datuk Wilfred Madius Tangau yang memuatnaik sekeping foto dan kapsyen mengenai pertemuannya bersama James dalam laman sosial Facebook, miliknya hari ini.   

Menurut Ahli Parlimen Tuaran tersebut, James meletakkan jawatan dalam UMNO dan memohon menjadi ahli UPKO. 

“Borang keahlian beliau diserahkan di kediaman saya di Penampang pagi tadi,” katanya ringkas dalam kapsyen yang turut tertulis tanda pagar #herewithyou #disinibersamamu.

Sehubungan itu, dengan penyertaan James dalam UPKO menamatkan spekulasi hala tuju beliau yang sebelum ini dilihat hadir mengadakan pertemuan secara tertutup bersama Mohd. Shafie pada Ahad lalu.

Pertemuan selama dua jam itu turut disertai ADUN Datuk Bolkiah Ismail (Pitas), Datuk Limus Jury (Kuala  Penyu) dan Datuk Masiung Banah (Kuamut) termasuk bekas  Ketua UMNO Bahagian Sepanggar,  Datuk  Jumat  Idris yang digantung keahlian  UMNO sejak  tahun 2015. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×