AYAHLAH yang paling gembira pada hari itu. Dia seperti baru sahaja mendapat semangat baharu yang akan mengubah seluruh hidupnya. Sejak pemergian gemulah emak hampir 12 tahun yang lalu, Ayah meneruskan hidupnya dengan penuh sepi. Ayam dan itik di rebanlah yang menjadi lagu serta irama jiwa Ayah pada setiap hari. Seawal pagi, Ayah sudah bertenggek di belakang rumah, menyantuni ayam dan itiknya. Ayah akan bercakap-cakap malah bermain-main dengan ayam dan itiknya.…










