Adly Ketua Menteri Melaka ke-11 - Utusan Malaysia

Adly Ketua Menteri Melaka ke-11

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Tanda tanya mengenai siapakah bakal menjadi Ketua Menteri Melaka ke-11 akhirnya terjawab apabila Ahli Dewan Undangan Ne­geri Bukit Katil, Adly Zahari mengangkat sumpah jawatan itu semalam.

Adly, 47, yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob pada pukul 3.50 petang.

Istiadat yang berlangsung di Dewan Seri Utama di pejabat rasmi Yang Dipertua Negeri, Seri Negeri di Ayer Ke­roh di sini turut dihadiri oleh calon-calon PH yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan ketua-ketua jabatan.

Turut hadir isteri Ketua Menteri, Dalilah Awaludin.

Pada PRU-14 lalu, PH Melaka berjaya membentuk kerajaan buat kali pertama selepas melalui 14 kali pilihan raya apabila memperoleh 15 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menewaskan Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini mentadbir Melaka.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×