KOTA BHARU 31 Mei – Sebanyak 95 buah premis tumpuan awam di negeri ini akan diperiksa oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan bagi memastikan aspek pencegahan kebakaran berada pada tahap terbaik sempena Aidilfitri. Pengarah JBPM Kelantan, Nazili Mahmood berkata, pemeriksaan itu akan dijalankan ke seluruh negeri ini bagi memastikan pemilik atau pengendali premis berkenaan mematuhi aspek tersebut. Menurutnya, antara premis yang akan diperiksa ialah hotel, restoran, pasar raya…










