PUTRAJAYA – Semua kakitangan tetap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kini boleh menarik nafas lega apabila Kementerian Pengangkutan akan menyerap mereka ke dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, terdapat sebanyak 1,000 kekosongan yang terdapat dalam JPJ dan Ketua SetiauSaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Saripuddin Kasim akan berjumpa dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa bagi membincangkan perkara tersebut. “Jadi jangan bimbang dan tidak perlu…










