KUALA LUMPUR – Empat buah kenderaan polis dilihat memasuki perkarangan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pukul 9.30 malam di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini hari ini. Kenderaan berkenaan dipercayai membawa Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Polis R. Munusamy dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sentul, Deputi Superintendan Abdul Malik Hasim. Namun, selang beberapa minit kemudian, tiga buah kenderaan lagi termasuk sebuah kenderaan jenis Toyota…










