MEROTAI 17 Mei – Sebanyak enam buah rumah termasuk sebuah rumah kongsi tiga pintu di Kampung Merotai Besar di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.42 tengah malam itu, kesemua rumah berkenaan musnah kira-kira 100 peratus. Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, sebaik menerima panggilan kecemasan, pasukan bomba bertindak segera ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran. “Sebaik sahaja Pusat Gerakan Operasi Sabah…










