PULAU PINANG 14 Mei – Sekurang-kurangnya lima muka baharu bakal dilantik menganggotai barisan Exco kerajaan negeri yang akan diumumkan Rabu ini. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, mereka akan menggantikan lima muka lama termasuk beliau dan bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang kini dilantik sebagai Menteri Kewangan. “Selain pelantikan Exco baharu, kerajaan negeri juga sedang mengenal pasti mekanisma terbaik bagi memastikan pengagihan Exco seimbang melibatkan kawasan pulau dan seberang…










