KOTA SAMARAHAN 15 Mei – Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) dipandunya tiba-tiba bergerak lalu terjunam ke dalam sungai ketika menaiki feri menyeberangi sungai Batang Samarahan disini pagi ini. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa, Bernabas Lias Jalal, 77, gagal ditemukan sehingga kini. Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya melancarkan operasi…










