47 kru nelayan Vietnam ditangkap - Utusan Malaysia

47 kru nelayan Vietnam ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 25 Mei- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak berjaya melumpuhkan cubaan 47 kru Vietnam menangkap ikan secara haram di 170 batu nautika dari Tanjung Po di sini, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sarawak, Kapten Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah berkata, kesemua nelayan berusia 23 hingga 59 tahun itu ditangkap pada pukul 6 petang ketika sedang memunggah ikan.

“Kita berjaya mengesan dua bot kargo nelayan Vietnam yang berada dalam keadaan mencurigakan melalui operasi yang dijalankan.

“Hasil pemeriksaan, kesemua kru bot gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan yang sah,”katanya dalam sidang akhbar di Jeti Kompleks Tun Salahuddin, Muara Tebas di sini sebentar tadi.

Menjelas lanjut, beliau berkata, nelayan berkenaan juga bertindak menyamar sebagai bot kargo tempatan dengan menggunakan nama One United 5 dan One United 37.

Katanya, nilai rampasan dalam serbuan itu dianggarkan sebanyak RM4.5 juta,”ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN