KUCHING 25 Mei- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak berjaya melumpuhkan cubaan 47 kru Vietnam menangkap ikan secara haram di 170 batu nautika dari Tanjung Po di sini, semalam. Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sarawak, Kapten Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah berkata, kesemua nelayan berusia 23 hingga 59 tahun itu ditangkap pada pukul 6 petang ketika sedang memunggah ikan. “Kita berjaya mengesan dua bot kargo nelayan Vietnam yang berada…










